Seo Services

81 taska di Sarawak gagal patuhi piawaian keselamatan


KUCHING - Sebanyak 81 taska swasta yang belum berdaftar di ne­geri ini, didapati gagal memenuhi pia­waian keselamatan yang ditetapkan.

Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri menunjukkan hanya terdapat 114 taska swasta berdaftar di negeri ini.

Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga negeri, Rosey Yunus berkata, kesemua taska yang tidak memenuhi kriteria dan aspek keselamatan di­gariskan itu dikhuatiri boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak.

"Mereka perlu memastikan setiap piawaian yang ditetapkan dipatuhi bagi memperoleh kelulusan pendaftaran sebelum beroperasi secara sah.

"Kami sedia membantu mereka (pengusaha) dalam hal ini bagi memastikan tahap keselamatan di tempat mereka terjamin," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke Kelab Rumah Kanak-Kanak di pusat beli-belah Plaza Merdeka di sini semalam.

Kelab Rumah Kanak-Kanak itu merupakan yang pertama ditubuhkan di bandar raya ini yang menyediakan kemudahan aktiviti dan bermain yang direka khas secara eksklusif untuk kanak-kanak.

Mengulas mengenai lawatannya, beliau berkata, program itu merupakan sebahagian daripada pembelajaran kanak-kanak di luar kelas bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.

Katanya, seramai 40 kanak-kanak dari 13 taska di sekitar bahagian ini meluangkan masa di Kelab Rumah Kanak-Kanak sempena sambutan Hari Taska.


81 taska di Sarawak gagal patuhi piawaian keselamatan 81 taska di Sarawak gagal patuhi piawaian keselamatan Reviewed by Unknown on June 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.