Seo Services

Marah isteri, rumah dibakar


Marah terhadap isterinya yang tidak membuka pintu, seorang lelaki yang dipercayai dibawah pengaruh alkohol bertindak membakar rumahnya di Pandamaran..

Akibat tindakan itu, enam lagi rumah milik jiran ejen insuran terbabit turut musnah dalam kebakaran.

Menurut jiran suspek, dalam kebakaran pada pukul 12.30 tengah malam itu, lelaki berusia 30-an terbabit didakwa menyimbah minyak petrol pada pintu rumah dan membakarnya apabila isterinya enggan membuka pintu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan berhubung tindakan lelaki terbabit.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api," katanya.

Difahamka, isteri dan dua anak lelaki itu yang berusia tiga dan empat tahun telah menghilangkan diri selepas kejadian.

Akibat tindakan khianat yang melampau, suspek dibelasah oleh jiran-jiranya sehingga cedera sebelum ditahan polis setelah mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini.

Dakwa jirannya lagi, suspek pernah cuba menyerang isterinya dengan menggunakan parang pada Februari lalu selepas berlaku perselisihan faham.


sumber
Marah isteri, rumah dibakar Marah isteri, rumah dibakar Reviewed by Unknown on June 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.