Baru-baru ini beberapa akhbar melaporkan subsidi petrol diberikan kepada rakyat yang mempunyai pendapatan di bawah RM5000 dan pemilik kenderaan kurang dari 2000cc.
Menurut sumber, bukan saja kereta yang 2000cc keatas tidak mendapat subsidi petrol Ron95 selepas 1 September, tetapi individu yang berpendapatan RM5000 keatas juga dikatakan akan menerima nasib yang sama.
Tetapi bagi yang berpendapatan RM10,000 ke atas pula, mereka dijangka tidak akan dibenarkan membeli petrol atau diesel menggunakan harga subsidi.
Malah, pembelian minyak petrol hanya boleh dibuat melalui kad pembelian minyak yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan ianya hanya dihadkan kuota sebanyak 300 liter.
Ada yang berpendapat mampukah kerajaan menjamin kad pembelian minyak tersebut tidak akan menjadi mangsa klon atau disalah guna oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Apakah wajar cadangan ini diterima oleh kerajaan demi menjaga kepentingan golongan berpendapat rendah? Dan apakah cadangan ini bersikap adil terhadap golongan yang berpendapatan tinggi?
Bayangkan zaman sekarang golongan yang berpendapatan RM5000 tidak lah sekaya mana jika hendak dibandingkan dengan keadaan seperti 10-15 tahun lepas.
Walaupun pendapatan mereka mampu untuk menampung kehidupan seharian, tetapi jika tolak segala pemotongan dan juga perbelanjaan, paling-paling pun sebulan sama seperti golongan yang berpendapatan rendah.
Itu alasan kumpulan tersebut yang bimbang jika langkah itu dilaksanakan kerajaan kerana mereka tidak lagi dapat menikmati minyak bersubsidi.
Tetapi lain pula pendapat golongan yang berpendapat rendah, mereka seakan-akan menyokong cadangan ini diusulkan kerana menganggap kerajaan prihatin untuk meringankan beban golongan seperti mereka.
Mungkin dengan adanya subsidi ini akan mengurangkan perbelanjaan minyak mereka, contohnya penggunaan minyak untuk mereka berulang-alik ke tempat kerja yang jauh dari kediaman mereka.
Selain itu, jika benarlah kerajaan hendak menjaga subsidi minyak dengan bersungguh-sungguh, sepatutnya pihak KPNKK haruslah memperhebatkan penguatkuasaan serta mengawasi dengan ketat sempadan negara dari dibolosi oleh penyeludup minyak.
Semoga melalui langkah ini kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan, dan duit daripada penjimatan itu dimanfaat untuk pelbagai program pembangunan yang membabitkan penyediaan infrastruktur yang lebih selesa kepada rakyat.
Keutamaan sudah tentulah kepada rakyat luar bandar yang masih ketinggalan daripada segala aspek termasuk ada yang masih belum dapat menikmati kemudahan asas.
Adakah kaedah ini untuk merakyatkan subsidi petrol?
Reviewed by Unknown
on
June 05, 2014
Rating:
kerajaan tidak sepatutnya menghapuskan subsidi minyak utk aemua rakyat malaysia tak kira berapa pendapatan mereka. apa yg perlu kerajaan buat ialah memberi quota kepada setiap individu. sebagai contoh kpd mereka hanya boleh membeli 500 liter minyak bersubsidi sebulan.
ReplyDeletesaya bersetuju dgn penulis, kerajaan sepatutnya membenteras kegiatan penyeludupan minyak ke negar jiran secara tegas dan lebih kerap. bukan secara bermusim. hanya dgn menghalang kegiatan penyeludupan ini saja kerajaan sudah dpt menjimatkan wang negara tanpa perlu menghentikan subsidi kpd rakyat.
takperrrlahhhhh bagi golongn pertengahan lagi bantu kerajaan..:D
ReplyDelete