Seo Services

Kes rogol di Kelantan mencecah 91 kes


Polis Kelantan berkata 91 kes jenayah rogol dilaporkan di negeri itu dalam tempoh lima bulan pertama 2014, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata daripada jumlah, 88 kes telah berjaya diselesaikan dan 90 individu ditahan.

Menurutnya, 92 kes rogol dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Insiden terbaru yang mendapat perhatian ramai adalah kes dua remaja berusia 15 tahun dan 17 tahun yang dilaporkan dirogol sekumpulan lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian di Ketereh, 20 Mei lalu.

Dalam pada itu, Jalaluddin menarik perhatian pihaknya menyelesaikan 214 daripada 225 kes rogol sepanjang 2013 yang menyaksikan 161 individu ditahan.

Sementara itu, polis Selangor menahan 57 individu dipercayai terlibat dalam kegiatan ceti haram atau ‘along’ bagi tempoh Januari hingga April lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor ACP Chong Mun Phing berkata dalam tempoh itu, 29 kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang (AAPW) 1951 iaitu memberi pinjaman tanpa lesen.

“Pencapaian ini menguatkan lagi tekad kami dalam usaha membanteras kegiatan along,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, beliau mengetuai Operasi ‘Ops Vulture’ yang menyaksikan kira-kira 300 poster dan iklan ceti haram ditanggalkan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan di sekitar Taman Seri Muda.

Menurut Chong, 5,756 iklan peminjam wang haram telah diturunkan dalam empat bulan pertama tahun ini.

“Kami nasihatkan orang ramai supaya tidak membantu along mengedarkan risalah serta menampal poster kerana ia merupakan satu kesalahan,” katanya. – BERNAMA
Kes rogol di Kelantan mencecah 91 kes Kes rogol di Kelantan mencecah 91 kes Reviewed by Unknown on June 05, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.