Seo Services

Angelina Jolie: Kerja Amal Mengajar Saya Erti Hidup Sebenar

LOS ANGELES, 5 JUN 2014: Aktres jelita Hollywood, Angelina Jolie yang sentiasa menyerlah di karpet merah merasakan kerja amal yang dia lakukan adalah sesuatu yang cukup luar biasa.

“Sepanjang 2 tahun yang lalu saya terlibat dalam kerja-kerja kebajikan dan ia adalah sebahagian daripada semangat saya dan mengajar saya apa itu erti hidup,”kata Jolie.

Menurutnya, sejarah lampau dan kesengsaraan yang berlaku terhadap kanak-kanak di dunia membuatkan dia berasa sedih dan ingin membantu.

“Walaupun pilihan saya itu dilihat berbeza, kadang kala lakonan dalam sesebuah filem tidak mengambarkan hakikat yang sebenar,”kata sumber.

Jolie yang turut disenaraikan sebagai wanita paling cantik di dunia turut bahagia dengan pasangannya Brad Pit bersama anak tersayang.

Dia juga baru sahaja meraikan ulang tahun kelahiran pada 4 Jun lalu.-Murai.com
Angelina Jolie: Kerja Amal Mengajar Saya Erti Hidup Sebenar Angelina Jolie: Kerja Amal Mengajar Saya Erti Hidup Sebenar Reviewed by uMieySurianie on June 05, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.