RIO DE JANEIRO - BRAZIL. - Lagu antiFifa berjudul Pop Will Eat Itself
dilancarkan 7 Jun ini sebagai protes terhadap penganjuran Piala Dunia
2014 yang akan melakukan sepak mula pada Khamis depan.
Lagu nyanyian MC Guime itu sekali gus menenggelamkan lagu rasmi perlawanan We Are One dibawakan oleh Jennifer Lopez, Pitbull dan penyanyi Brazil, Claudia Leite.
Media tempatan melaporkan, lagu berkenaan mengkritik Presiden Fifa, Sepp Blatter dan ketirisan dan rasuah di Brazil dalam menganjurkan perlawanan itu.
“Lirik lagu itu menyatakan wujud ketirisan dan pembaziran dalam pembinaan stadium dan kemudahan lain,” menurut laporan itu.
Menurut laporan itu lagi, sebuah lagi lagu berjudul Pais do Futebol mengisahkan nasib rakyat Brazil yang mahu keluar dari jerat kemiskinan.
Menurut laporan The Gurdian, klip video yang sudah berada di laman Youtube itu telah disaksikan oleh 24 juta orang sejak kelmarin.-Sinar Harian

Lagu anti Fifa dilancarkan
Reviewed by uMieySurianie
on
June 05, 2014
Rating:
No comments: