Seo Services

Bahana Cinta WeChat.

NIBONG TEBAL: Impian untuk mendirikan "masjid" seorang guru sekolah agama hancur lebur setelah 'kekasih'nya yang disangka bakal menjadi pasangan hidupnya itu menipu dirinya sehingga mangsa mengalami kerugian lebih dari RM40,000 oleh kerana dikikis oleh lelaki pisau cukur tersebut.

Pada lima bulan yang lalu, mangsa yang berumur 25 tahun itu menceritakan bahawa telah mengenali seorang kenalan dalam laman sosial WeChat  dan telah jatuh hati dimana lelaki tersebut memperkenalkan dirinya sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM).

Suspek telah menyedari bahawa mangsa telah mula kemaruk bercinta dengannya dan suspek telah mula memasang perangkap dan termasuk mencipta alasan bahawasanya dirinya mempunyai beban hutang yang perlu dilangsaikan,sekaligus ia merupakan permulaanya mengikis serta kerap meminta wang dari mangsa.

Namun begitu, mangsa mula mengesaki sesuatu yang tidak kena kerana suspek berkelakuan aneh dan kerap meminta wang serta barang kemas semata-mata untuk melangsaikan hutangnya itu.

Setelah merasa dirinya seolah-olah dipermainkan, mangsa mengadu kepada ahli keluarganya sebelum membuat laporan kepada pihak polis serta memerangkap lelaki tersebut dengan mengadakan temu janji berdekatan dengan rumah mangsa di Bukit Panchor sepertimana yang dilaporkan dalam akhbar HMetro.





Bahana Cinta WeChat. Bahana Cinta WeChat. Reviewed by Unknown on June 23, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.