Seo Services

PTPTN akan siarkan senarai nama peminjam yang ingkar buat bayaran


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) digesa bertindak lebih drastik dan tidak ‘memberi muka’ kepada peminjam tabung berkenaan yang masih ingkar melunaskan pinjaman mereka

Beberapa pertubuhan pelajar yang dihubungi mahu PTPTN mencari kaedah paling berkesan bagi mengelak peminjam terus liat tidak membayar hutang, walaupun sudah mendapat pekerjaan yang bagus selain mahukan majikan memotong gaji peminjam secara automatik.

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zarkashi, pula mengesyorkan nama peminjam disiarkan dalam akhbar seperti yang pernah dilakukan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sehingga akhirnya ramai yang berusaha membayar balik pinjaman kerana malu.

“Selain itu, PTPTN juga wajar mengambil tindakan proaktif lebih awal termasuk bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen,” katanya ketika dihubungi semalam.
PTPTN akan siarkan senarai nama peminjam yang ingkar buat bayaran PTPTN akan siarkan senarai nama peminjam yang ingkar buat bayaran Reviewed by Unknown on June 23, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.