Seo Services

Malaysia Diminta Bantu Palestin

Pemimpin Hamas, Khaled Meshaal meminta Malaysia menggerakkan usaha politik dengan pihak antarabangsa, bagi menamatkan keganasan serta tindakan Israel di Tebing Barat dan Gaza.
 
Perkara itu disuarakan Meshaal, dalam temubual menerusi telefon dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 
Meshaal juga menekankan mengenai kedudukan berpengaruh Malaysia terhadap keperluan Palestin. Memetik laman web rasmi pergerakan Hamas, Meshaal menghubungi Datuk Seri Najib bagi membincangkan perkembangan terkini di Tebing Barat dan Gaza.
 
Antara perkara yang diketengahkan adalah nasib tahanan Palestin yang mogok lapar sejak dua bulan lalu dan kempen oleh rejim Zionis bagi menahan Anggota Parlimen Palestin.
 
Tambahnya, tindakan kejam berterusan oleh Israel memperlihatkan dasar 'berat sebelah' antarabangsa terhadap nasib negaranya.
 
Dalam konteks sama, Meshaal turut dilaporkan menghubungi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.-Buletin TV3
Malaysia Diminta Bantu Palestin Malaysia Diminta Bantu Palestin Reviewed by uMieySurianie on June 23, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.