Seo Services

Belia harus cekal dan komited-Adenan


LUNDU, Sabtu - Perhimpunan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2014 telah dilancarkan di Kompleks Sukan Lundu pada pagi tadi.
 
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Adenan bin Haji Satem serta isterinya Yang Amat Berbahagia Puan Sri Dato Hajah Jamilah Hj Anu.
 
Sesuai dengan tema sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2014, iaitu Dari Belia Untuk Belia.

Ketua Menteri berkata " Saya menyeru agar golongan belia hari ini terus melibatkan diri dengan lebih aktif dalam program kendalian agensi-agensi kerajaan untuk para belia kita."

Jelasnya program-program ini bertujuan membantu anak-anak muda dalam menguasai ilmu dan kemahiran supaya sentiasa releven dalam menghadapi cabaran dunia tanpa sempadan pada hari ini.
"Para belia hendaklah memainkan peranan yang lebih besar bagi memastikan kejayaan program perindustrian Negeri Sarawak melalui perlaksanaan SCORE (Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Negeri Sarawak)," tambahnya.
Beliau juga menyeru agar semoga belia hari ini terus cekal dan komited dalam pembangunan diri, keluarga, masyarakat, negeri dan negara ke arah menjadikan Malaysia Negara maju menjelang tahun 2020.

Turut hadir ialah YB Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom selaku penaung dan Menteri Pembangunan Sosial Negeri Sarawak.-Sarawakiana
Belia harus cekal dan komited-Adenan Belia harus cekal dan komited-Adenan Reviewed by uMieySurianie on June 21, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.