Seo Services

Belia aset terpenting dalam pembangunan Negara- William Mawan


LUNDU, Sabtu - Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak amatlah besar ertinya kepada Rakyat Sarawak terutama sekali penduduk Lundu Sematan kerana telah terpilih untuk menjadi tuan rumah pada tahun ini.
 
Untuk pertama kalinya, sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak diadakan di bahagian Lundu Sematan.

Yang Berhormat Tan Sri Willian Mawan Ikom berkata "Inilah Himpunan Hari Belia yang paling istimewa bersama Ketua Menteri Sarawak."
 
Beliau juga berkata belia merupakan aset terpenting di dalam pembangunan Negara. Sebagai perwaris yang bakal mencorakkan hala tuju dan masa depan Negara, golongan tersebut perlulah disedia serta diperkuatkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan serta kemahiran demi memastikan mereka dapat meneruskan kesinambugan arus pembangunan Negara.
 
Di dalam usaha mewujudkan sifat kesukarelawan dikalangan belia yang mampu memberikan sumbangan yang efektif kepada masyarakat,  tema sambutan Festival Belia di peringkat Kebangsaan 2014 iaitu 'Dari Belia Untuk Belia' adalah bersesuaian dengan kehendak belia masa kini.
 
Dengan ini, pihak kerajaan Negeri Sarawak telah mengambil inisiatif untuk memperkasakan Pertubuhan Belia melalui penganjuran pelbagai bentuk aktiviti bersama dengan para belia.
 
"Usaha ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan golongan sukarelawan dari kalangan remaja(belia) yang mempunyai kesedaran dan keperihatinan sosial serta semangat patriotisme yang  tinggi,"katanya.
 
Secara tidak langsung, ia mampu memupuk kesedaran di kalangan generasi muda terhadap tanggungjawab sosial serta mampu menghulurkan bantuan bila diperlukan.
 
"Kita menyedari bahawa golongan belia hari ini memerlukan Program Pembangunan Belia yang lebih komprehensif sesuai denagn arus permodenan semasa," katanya ketika berucap di Majlis Perhimpunan sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak pagi tadi.-Sarawakiana.
Belia aset terpenting dalam pembangunan Negara- William Mawan Belia aset terpenting dalam pembangunan Negara- William Mawan Reviewed by uMieySurianie on June 21, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.