Seo Services

Ketua Kaum dan Penghulu adalah penyampai maklumat paling berkesan


Kuching Sabtu : Ketua kaum dan penghulu perlu melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan efisyen. Ini kerana mereka adalah sumber maklumat kerajaan berkenaan masalah penduduk kampung di kawasan masing-masing.

Adun Demak Laut YB Hazland Hipni berkata demikian ketika Majlis penyampaian sijil melanjutkan tugas Ketua-Ketua Kaum dan Penghulu di kawasan N5 Demak, di Kelab Golf Sarawak petang tadi.

Menurut Hazland, kerjasama yang baik di antara ketua kaum, penghulu, wakil rakyat dan rakyat adalah penyumbang kepada kejayaan pembangunan sesebuah penempatan atau kampung.

"Maka sebab itu, saya menyerahkan watikah lanjutan khidmat selama 2 tahun kepada ketua kaum dan penghulu kerana perkhidmatan mereka sebelum ini telah menunjuk KPI yang amat cemerlang" katanya.

Majlis berkenaan turut di hadiri oleh Pegawai Daerah Kuching, Ketua-Ketua Kaum dan ahli PBB Demak Laut.
Ketua Kaum dan Penghulu adalah penyampai maklumat paling berkesan Ketua Kaum dan Penghulu adalah penyampai maklumat paling berkesan Reviewed by Admin on June 21, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.