Seo Services

"Petra Jaya Berselawat" Semangat Cinta Rasul mengatasi segala-galanya

KUCHING: Meskipun malam ini siaran langsung perlawanan bolasepak yang melibatkan Sarawak, namun semangat cinta Rasul dijiwa umat Islam mengatasi segala-galanya bila lebih 2,000 umat islam sekitar Petra Jaya hadir mengimarahkan program ‘Petra Jaya Berselawat’ yang bertempat di Padang Semarak, Kampung Pinang Jawa, sebentar tadi.

Program yang bermula selepas berjemaah solat Isyak di Masjid At-Taqwa adalah anjuran gabungan SABERKAS Kuching dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan lain seperti Masjid At Taqwa, Yayasan Al Abrar, Majlis Dakwah Suraj dan Dewan Bandaraya Kuching Utara.

Selain qasidah, majlis turut diserikan dengan taursiyah oleh Habib Jindan Novel Salim Jindan dan Habib Najmudin Othman Al Khered. 

Berikut gambar-gambar menarik yang kami sempat kami rakam;








 
"Petra Jaya Berselawat" Semangat Cinta Rasul mengatasi segala-galanya "Petra Jaya Berselawat" Semangat Cinta Rasul mengatasi segala-galanya Reviewed by Admin on June 21, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.