Seo Services

Cahaya Hidayah Menghampiri Model Jelita Felixia Yeap Ramadhan Ini.



Bekas model seksi yang dimana pada suatu ketika dahulu terkenal di majalah Playboy iaitu Felixia Yeap,27 yang kini tampil dengan imej berhijab dan bejubah.

Felixia atau nama sebenarnya Yeap Chin Yee menyatakan perasaannya yang tidak sabar untuk menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadhan ini dan telah mengesahkan bahawasanya dia akan mengucapkan dua kalimah syahadah pada bulan Ramadhan yang bakal tiba kurang daripada sebulan dari hari ini.

"Jika tiada halangan,In Shaa Allah saya akan mengucapkan (kalimah )syahadah pada Ramadhan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan."

Felixia juga menyatakan dia bukanlah tidak mahu memeluk agama Islam secara rasmi tetapi memerlukan masa untuk memahami serta mendalami Islam dengan lebih lagi.

Sehubungan dengan itu, kenyataan didalam laman facebooknya menyatakan mengenai gambar seksinya di muka hadapan majalah FHM adalah diambil semasa awal tahun lagi dan bukannya gambar yang terkini.

Oleh yang demikian Felixia menyatakan supaya memberikan privasi dan masa yang cukup kepada dirinya dan tidak memberikan tekanan serta paksaan kepadanya terutama membuat sebarang spekulasi tentang dirinya pada suatu ketika dahulu dan sekarang.


Cahaya Hidayah Menghampiri Model Jelita Felixia Yeap Ramadhan Ini. Cahaya Hidayah Menghampiri Model Jelita Felixia Yeap Ramadhan Ini. Reviewed by Unknown on June 06, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.