Video pertama dimuat naik pada 25 April 2014 dipercayai berlaku di Kuala Lumpur menunjukkan sebuah kereta yang melalui kawasan tenpat letak kereta merempuh satu ilustrasi yang menyerupai manusia melimpasi pemandu dan penumpang menyebabkan pemandu keliru.
Beberapa hari kemudian, satu rakaman video CCTV di sebuah bulatan yang agak sibuk, kejadian ini dikatakan di rakam di Kuala Lumpur pada 29 Apr 2014.
Dalam kesibukan kota raya Kuala Lumpur kelihatan seorang tua sedang duduk di kerusi sambil menjual suratkhabar.
Dalam rakaman CCTV ini juga kelihatan ada pelanggan yang membeli akhbar yang dijual oleh orang tua misteri itu.
Apa yang menyeramkan, cuba anda perhatikan baik-baik rakaman video itu, tiba-tiba orang tua yang menjual akhbar itu ghaib secara tiba-tiba dengan meja dan akhbar-akhbarnya sekali tanpa di sedari oleh orang ramai.
Seterusnya, sebuah kamera lif merakam satu lagi 'hantu' kelihatan sedang mempermainkan seorang posmen dengan membelek-belek surat yang dibawa oleh posmen tersebut.
Lebih mengejutkan, sejurus sahaja posmen keluar dari lif, kelihatan kelibat makhluk menyerupai manusia memakai kot sedang membawa sesuatu yang kelihatan seperti sebuah buku.
Ini diikuti oleh satu lagi rakaman pada 4 Mei 2014 di YouTube apabila seorang pengurus kedai yang terpaksa berhadapan dengan majalah yang berterbangan dengan sendirinya. Malah, sukar untuk mempercayai kejadian tersebut berlaku di tengah-tengah hari.
Apa yang anda fikir? Adakah video ini benar atau satu penipuan untuk menakutkan penonton?
#Video : Adakan hantu di Malaysia, real or fake?
Reviewed by Unknown
on
June 06, 2014
Rating:
No comments: