Kerja pejabat dari jam 9 – 5 setiap hari? Hampir mustahil untuk rutin senaman setiap minggu untuk kesihatan dan tubuh badan sempurna? Siapa kata tidak boleh mengusir lebihan spare tyre dari tubuhmu itu?
Menurut satu kajian oleh Women’s Health Initiative Observational Amerika Syarikat, wanita yang duduk 10 jam atau lebih sehari mempunyai risiko yang lebih diserang penyakit jantung dan angin ahmar (stroke) berbanding wanita yang duduk 5 jam atau kurang. Hasil kajian ini tidak dipengaruhi berapa kali senaman dilakukan setiap minggu.
Untuk mengelakkan hal ini, ada cara mudah bagi anda wanita bekerjaya luar sana untuk kekal sihat di pejabat.
1. Walk-and-talk meeting
Jemu dengan rutin mesyuarat biasa? Apa kata untuk gaya hidup sihat dan membakar lemak, rancang sesi mesyuarat walk-and-talk dengan rakan sepejabat. It will be so much more interesting. Semacam otak dan kaki ikut sama ‘berjalan’. Pasti cukup untuk menggantikan jogging yang sudah lama anda ponteng.
2. Get fit with your phone!
Bila sahaja mendapat panggilan telefon, go for a walk around the office. Tahu tak, anda akan membakar 940 kilojoule (kJ) atau 225 kalori untuk setiap jam? Better to have something than nothing, right?
3. Gelas minuman kecil
Ya, semua tahu perihal kebaikan meminum air putih 8 gelas sehari. Namun untuk menggandakan kebaikan amalan sihat ini, gunakan gelas kecil sebagai alternatif gelas besar. Mengapa? Apabila sudah habis, anda akan perlu berusaha ke pantry untuk mendapatkan air. The key is, NEVER EVER be lazy!
4. Desk-stepper pelaburan bijak
Mungkin ramai tidak tahu apa itu desk-stepper. Mungkin ini masanya anda ke kedai peralatan gymnasium untuk mendapatkan peralatan ini. Desk-stepper berfungsi seperti anda menaiki tangga, namun boleh dilakukan sambil duduk menatap skrin computer. 380kJ boleh dibakar dalam 20 minit tanpa perlu berdiri. An amazing creation!
5. Hari bebas emel
Daripada memanfaatkan teknologi sepenuhnya dengan hanya berkomunikasi menggunakan emel, gunakan cara konvensional, go and talk to them. Bukan sahaja anda akan berbadan sihat, malahan hubungan juga bertambah erat.
6. Cari gym-buddy
Semakin banyak pejabat yang menyediakan ruang gym sendiri di bangunan pejabat mereka, namun tidak ramai memanfaatkannya dengan se-optimum mungkin. Untuk itu, cari rakan yang ‘sekepala’ sebagai teman ke gym. Ramai yang tidak ke gym kerana ‘malu’ atau tidak mahu nampak canggung berseorangan di sana.
Cara membakar lemak di pejabat
Reviewed by Unknown
on
June 06, 2014
Rating:
No comments: