Seo Services

#Video : Aksi mengejutkan penunggang motosikal semasa kemalangan

Skudai, Johor - Satu video yang melibatkan sebuah motosikal merempuh sebuah kereta yang berlaku di Skudai, Johor telah tersebar luas di laman-laman sosial baru-baru ini.

Dalam video tersebut, pemandu kereta dipercayai cuba untuk membuat pusingan U di simpang-T. Semasa sedang cuba untuk membuat pusingan itu, kelihatan sebuah motosikal ditunggang begitu laju di lorong bertentangan dan terus merempuh kereta tersebut, menyebabkan penunggang membuat ‘backflipping’ dan mendarat di sisi yang lain.


Lebih mengejutkan, beliau tidak mengalami sebarang kecederaan yang parah. Penduduk setempat yang berada ditempat kejadian berasa geli hati dengan tindakan epik ‘backflip’ beliau dan bagaimana penunggang terselamat tanpa sebarang luka.

“Wah, kungfu?” kata seorang penduduk tempatan, Richard Lim, manakala CK Sum berkata. “Dia seperti Jackie Chan.”

Tetapi, yang lebih menghairankan, mengapa kereta itu tiba-tiba berhenti di tengah-tengah jalanraya bahkan tiada sebarang lalulintas di lorong bertentangan.


Menurut seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Siva, beliau berkata “Mengapa kereta tersebut berhenti tanpa sebab? Jika dia teruskan memandu kemalangan tersebut boleh dielakkan daripada berlaku,” sementara Minhwa Harun berkata berkata kejadian tersebut memang sudah menjadi kebiasaan di Johor Bahru.

Penunggang motosikal tidak sepatutnya menunggang dengan laju dan sentiasa mengurangkan kelajuan di kawasan perumahan mahupun bandar. Walaubagaimanapun, mujurlah penunggang tersebut bernasib baik kerana hanya menerima kecederaan kecil walaupun kemalangan itu boleh berubah menjadi kejadian yang paling teruk.

#Video : Aksi mengejutkan penunggang motosikal semasa kemalangan #Video : Aksi mengejutkan penunggang motosikal semasa kemalangan Reviewed by Unknown on June 06, 2014 Rating: 5

1 comment:

  1. Itu pelakon double Jackie Chan tengah training.

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.