Seo Services

Gerakan gesa ‘pakai putih’

Singapura: Beberapa pertubuhan Kristian menyertai umat Islam di Singapura yang menggesa penganutnya memakai pakaian putih sebagai bantahan perhimpunan tahunan gay keenam, ‘Pink Dot’ yang berjaya menghimpun 21,000 orang tahun lalu.
 
Guru agama, Ustaz Noor Deros, melancarkan gerakan ‘WearWhite’ (pakai putih) minggu lalu, menggesa umat Islam agar tidak mengambil bahagian dalam aktiviti ‘Pink Dot’.
 
Orang ramai juga digalakkan memakai pakaian putih ketika solat pada malam Sabtu lalu sebagai menghormati kedatangan bulan Ramadan.
 
Gesaan yang dibuat menerusi laman sosial Facebook itu berjaya menarik lebih daripada 3,000 ‘likes’. “Gesaan ini adalah berdasarkan pemerhatian terhadap keadaan tidak normal yang semakin meningkat membabitkan golongan lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT) di Singapura,” kata kenyataan laman web ‘WearWhite’ itu.
 
Penganut kristian turut serta
Pergerakan itu turut disertai Ketua Penganut Gereja Baptist, Lawrence Khong dan rangkaian gereja LoveSingapore. Beliau menggalakkan penganut kristian agar memakai pakaian putih ketika beribadat pada hujung minggu.
 
Khong berkata, pergerakan WearWhite bertujuan untuk mempertahankan pendirian rasmi kerajaan. “Kita tidak boleh dan tidak akan menyokong homoseksual. Kami akan terus menentang sebarang promosi awam homoseksual sebagai gaya hidup alternatif,” katanya menerusi laman Facebook.
 
Majoriti rakyat Singapura menentang perkahwinan sejenis, sekalipun sokongan terhadap ‘Pink Dot’ semakin meningkat ketika ia bermula pada tahun 2009 dan berjaya menarik penaja korporat termasuk BP, Goldman Sachs dan Google.
 
Satu kajian yang dilakukan oleh Institut Kajian Dasar pada awal tahun ini mendapati 78.2 peratus rakyat Singapura berpendapat hubungan sejenis sentiasa salah, manakala 72.9 peratus pula menentang perkahwinan gay.-REUTERS
Gerakan gesa ‘pakai putih’ Gerakan gesa ‘pakai putih’ Reviewed by uMieySurianie on June 24, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.