Seo Services

Polis Miri Tahan Lelaki Miliki Dadah Bernilai Lebih RM15,000

MIRI, 23 Jun (Bernama) -- Polis Miri memberkas seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM15,000 dalam operasi di Jalan Taman Boulevard di sini Ahad malam.

Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata penganggur berusia 26 tahun itu ditahan di sebuah rumah pada pukul 9.50 malam susulan maklumat awam.

"Dadah yang dirampas ialah jenis Ketamine seberat 57 gram dan lima biji pil Erimin 5 seberat 1.40 gram," katanya kepada Bernama pada Isnin.

Beliau berkata dadah terbabit dibungkus di dalam 31 peket plastik lut sinar.Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan, katanya.-- BERNAMA

Polis Miri Tahan Lelaki Miliki Dadah Bernilai Lebih RM15,000 Polis Miri Tahan Lelaki Miliki Dadah Bernilai Lebih RM15,000 Reviewed by Admin on June 23, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.