Seo Services

Ramadan: Sarawak Dapat RM2 Juta Untuk Pinjamkan Kepada Peniaga

SIBU, 23 Jun (Bernama) -- Sarawak mendapat peruntukan RM2 juta daripada Kerajaan Pusat bagi memberi pinjaman tanpa faedah kepada peniaga-peniaga Bazaar Ramadan pada hujung bulan ini.

Menteri Perancangan Sumber Kedua dan Alam Sekitar Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan berkata pinjaman antara RM500 dan RM3,000 akan diagih kepada peniaga yang layak mulai esok.

Beliau berkata mereka telah membuat permohonan pinjaman itu menerusi pejabat residen, pihak berkuasa tempatan dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (PPDNKK) di seluruh negeri ini.

"Ini merupakan peruntukan pertama seumpamanya (daripada kerajaan pusat kepada Sarawak bagi Bazaar Ramadan)," katanya kepada pemberita selepas penutupan Seminar Penerokaan Peluang Dalam Sektor Perdagangan dan Industri di sini, Isnin.

Kira-kira 500 peserta menghadiri seminar itu anjuran Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak.

Awang Tengah juga Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Industri berkata dengan pinjaman itu, para peniaga Bazaar Ramadan dapat menambah modal perniagaan sepanjang bulan puasa.

Sementara itu, Menteri Muda Perancangan Sumber dan Menteri Muda Pembangunan Usahawan (Bumiputera) Datuk Naroden Majais berkata Sarawak boleh mengemukakan peruntukan tambahan jika peruntukan itu tidak mencukupi.-- BERNAMA

Ramadan: Sarawak Dapat RM2 Juta Untuk Pinjamkan Kepada Peniaga Ramadan: Sarawak Dapat RM2 Juta Untuk Pinjamkan Kepada Peniaga Reviewed by Admin on June 23, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.