Manila, Filipina - Selepas dimarahi oleh neneknya semasa sedang bermain permainan komputer yang sangat popular (DOTA 2), seorang remaja menyerang neneknya sendiri sehingga mati hanya kerana dia hilang tumpuan ketika bermain permainan komputer kegemarannya.
Menurut seorang pegawai polis, Jaime De Jesus yang menyoal siasat suspek berkata, remaja berusia 17 tahun itu tidak ingat apa yang berlaku kerana dipercayai dibawah pengaruh dadah.
Menurut saksi, suspek sedang bermain DOTA bersama dengan rakan-rakannya di sebuah kafe siber ekoran selepas neneknya memarahi dan menengkingnya, suspek berhenti bermain dan neneknya menjemput cucu beliau sekitar jam 6 petang.
Sebaik sahaja mereka sampai di rumah, suspek mula menyerang neneknya, mangsa berusia 72 tahun mati di tempat kejadian kerana menerima beberapa kecederaan parah di kepala, leher dan dada. Terdapat juga luka pada tangannya bukti bahawa mangsa sedang cuba untuk mempertahankan dirinya .
Polis tiba apabila beberapa jiran mereka melihat berlaku sesuatu di antara mereka dan dengan segera melaporkannya kepada pihak polis yang berdekatan tetapi sudah terlambat, sejurus selepas polis tiba untuk menangkap suspek, suspek dilihat sedang cuba untuk menghapuskan semua bukti di tempat kejadian selepas membunuh neneknya.
Suspek memberitahu bahawa dia tidak tahu apa-apa kerana dia pengsan semasa kejadian itu berlaku. Namun, polis telah menjumpai serpihan seramik yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa.
Kini, suspek diletakkan di bawah jagaan DSWD sementara menunggu suspek berumur genap 18 tahun supaya pihak polis boleh meletakkan suspek terus ke penjara.
Hanya kerana 'DOTA', cucu bunuh nenek
Reviewed by Unknown
on
June 06, 2014
Rating:
No comments: