Seo Services

Ibu dan bapa tunggal memainkan dua peranan dalam satu masa.


KUCHING: Peranan utama yang dimainkan oleh para ibu serta bapa tunggal yang memainkan dua peranan dalam satu masa mestilah perlu tahu tanggungjawab mereka khususnya dalam membina sebuah keluarga bahagia dimana pengukuhan dari segi kewangan, pendidikan serta menyiapkan keperluan harian bagi anak-anak mereka.

Menurut Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Hj Naroden Majais beliau telah menyatakan bahawa pihak kerajaan telahpun menyediakan pelbagai bantuan pinjaman wang mikro untuk mereka memulakan perniagaan kecil dan disamping itu juga, pelbagai latihan kemahiran juga telah disediakan untuk mereka supaya tahu merebut peluang dan mengenalpasti cara bersaing dalam perniagaan.

Beliau berucap di majlis malam penghargaan sempena sambutan hari bapa anjuran Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA) disini malam tadi.

Naroden juga memberitahu bahawa pihak kerajaan tidak ingin mereka ini terlalu bergantung sepenuhnya hanya kepada bantuan kerajaan sebab bantuan itu hanya bersifat sementara.

Justeru itu, mereka perlu berani mengambil peluang dalam perniagaan mahupun sebagai tenaga kerja yang terlatih supaya lebih stabil dalam status kewangan demi membina sebuah keluarga yang lebih bahagia. 

Terdahulu, Presiden PITSA Puan Salmah Ibrahim berkata persatuan yang mula diitubuhkan pada 1999 kini mempunyai lebih 11 ribu ahli dan 47 cawangan di seluruh Negeri Sarawak.

Diantara aktiviti yang dianjurkan termasuk program Sarawak Home Executive SHE yang melatih ahli ahlinya sebagai pembantu rumah bertauliah. Pada majlis itu juga sejumlah wang bernilai RM58 ribu telah disumbangkan kepada PITSA termasuk 10 ribu ringgit dari Datuk Hj Naroden.

Sumber: RTMSarawak
Ibu dan bapa tunggal memainkan dua peranan dalam satu masa. Ibu dan bapa tunggal memainkan dua peranan dalam satu masa. Reviewed by Unknown on June 24, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.