Seo Services

Alat sulit pecah gara-gara menunggang basikal


Seorang remaja lelaki yang berusia 19 tahun di Huadu, Guangdong mungkin menghadapi masalah kesuburan selepas terbabit dalam satu kemalangan ngeri beberapa hari yang lepas.

Kemalangan tersebut berpunca daripada kegagalan brek basikal ini bukan sahaja menyebabkan mangsa yang dikenali Xiao Pan melayang ke sebatang pokok dan patah tangan tetapi buah zakarnya pecah hingga terkeluar testikel.

Sebagai akibat, lelaki malang itu mengalami pendarahan teruk namun bernasib baik apabila pihak yang membantunya tidak lupa untuk membawa bersama testikel yang terkeluar untuk dijahit kembali ke tempat asalnya.

Selepas menjalani pembedahan doktor berjaya memasukkan kembali testikel Xiao Pan.


Namun, doktor menyatakan dia mungkin mengalami masalah kesuburan yang belum dapat ditentukan pada masa depan meskipun kejadian ini tidak memberi kesan pada kehidupan seksnya.

Pada saat Xiao Pan terlantar kesakitan keluarganya menyuarakan kebimbangan jika kemalangan ini akan menjejaskan peranannya meneruskan tradisi Guangdong di mana anak lelaki sulung wajib mempunyai zuriat sebagai penyambung keturunan.
Alat sulit pecah gara-gara menunggang basikal Alat sulit pecah gara-gara menunggang basikal Reviewed by Unknown on June 24, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.