Seo Services

Identiti baru Kuala Lumpur, 'Festival Art In The Park'

 
Taman Botani Perdana atau Taman Tasik Perdana menjadi tarikan utama pelancong di Kuala Lumpur sejak dulu lagi kerana keindahan kesenian dan alam semulajadinya. 

Bagi meningkatkan lagi kunjungan orang ramai ke taman berkenaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal menganjurkan Festival Art In The Park, iaitu sebuah festival menyajikan pelbagai aktiviti kebudayaan serta kesenian berkonsepkan alam.

Menjadikan bandaraya terkemuka seperti New York, Paris dan London yang menganjurkan Festival kesenian setiap tahun sebagai rujukan, Festival Art Ib The Park akan menjadi identiti baru Kuala Lumpur. 

 Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Faisal Talib berkata ial bertempatan dengan Malaysia untuk menarik lebih ramai pelancongan semperna Tahun Melawat Malaysia 2014.

 “Festival Art In The Park merupakan salah satu insiatif baru kami (DBKL) dengan kejasama penaja lain, kami harap festival ini akan menjadi cirri utama Kuala Lumpur”.

 Beliau berkata demikian selepas Majlis Pra Pelancaran Festival Art In The Park di Taman Bontania Kuala Lumpur pada Rabu lalu. Antara acara utama sepanjang festival itu adalah pertandingan dan pemeran arca daripada bahan terpakai yang disertai pengkarya tempatan serta luar negara. 

Selain itu, pertunjukan kebudayaan dan muzik turut dipersembahkan selain sesi seminar dan bengkel seni untuk pengunjung. 

 Festival Art In The Park berlansung selama dua minggu bermula 16 hingga 30 Oktober ini.
Identiti baru Kuala Lumpur, 'Festival Art In The Park' Identiti baru Kuala Lumpur, 'Festival Art In The Park' Reviewed by uMieySurianie on June 05, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.