Kebiasaaan pergaduhan sering kali dikaitkan dengan pelajar lelaki di mana-mana sekolah. Tetapi, lebih memalukan jika ia melibatkan pelajar perempuan yang merasakan mereka sudah cukup hebat dikalangan pelajar-pelajar lain.
Tiada siapa yang mahu memuji sikap gangsterisme ini jika ia dibiarkan berlarutan tanpa ada sebarang tindakan oleh pihak yang berkaitan. Kejadian seperti ini semakin kerap berlaku di kalangan pelajar sekolah.
Video pergaduhan di sebuah sekolah di Sarawak yang melibatkan 6 pelajar perempuan menghentam seorang pelajar yang menjadi viral baru-baru ini belum lagi reda, timbul pula video pergaduhan yang juga melibatkan pelajar perempuan tersebar luas di laman sosial.
Sebuah video yang melibatkan dua orang pelajar perempuan sekolah menengah bergaduh di luar perkarangan sekolah. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Terengganu berikutan bahasa yang digunakan oleh mereka di dalam video tersebut.
Rakaman berdurasi 1.47 minit itu memaparkan seorang pelajar teruk membelasah seorang lagi pelajar sambil diperhatikan beberapa pelajar lain yang kesemuanya berpakaian uniform sekolah.
Punca pergaduhan masih lagi belum dikenalpasti. Dan yang musykilnya, rakan-rakan mereka yang melihat pergaduhan tersebut membiarkan sahaja mereka berhempas pulas di tanah sambil bersorak malah mengambil kesempatan dengan merakam pergaduhan tersebut.
Persoalannya, salah siapa dan mana usaha mengatasi permasalahan ini??
Salah siapa & mana usaha mengatasi isu pergaduhan pelajar sekolah?
Reviewed by Unknown
on
June 05, 2014
Rating:
No comments: