Seo Services

Kaum bidayuh membangun selari dengan dasar kerajaan

BAU, Selasa: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menyatakan kaum Bidayuh hari telah membangun selari dengan dasar pembangunan yang terancang oleh kerajaan.

"Saya adalah sebahagian daripada masyarakat bidayuh kerana saya Ketua Menteri kaum bidayuh juga"katanya sambil berseloroh.

Beliau yang merasmikan Majlis Sambutan Perayaan Gawai Dayak Karnival Redeems ke-9 berkata, kaum bidayuh hari ini sudah berdiri seiring dengan masyarakat lain di Sarawak apabila ramai di kalangan kaum bidayuh telah menjadi profesional dalam bidang profesional seperti pensyarah, doktor, peguam dan sebagainya.

"Bidayuh tetap memelihara adat budayanya sehingga kini walaupun arus kemodenan telah meresap dalam kehidupan bidayuh.Saya berbangga kerana bidayuh masih mengamalkan semangat bidayuh tetap bidayuh" katanya lagi.

Majlis turut di hadiri Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan kenamaan negeri.
Kaum bidayuh membangun selari dengan dasar kerajaan Kaum bidayuh membangun selari dengan dasar kerajaan Reviewed by Admin on June 25, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.