Seo Services

Sarawak menjadi penentu kejuaraan

KUCHING: Ketua Jurulatih, Robert Alberts masih menaruh harapan Sarawak berjaya mencapai misi untuk menamatkan saingan Liga Super 2014 dalam kelompok lima pasukan teratas sebagaimana yang disasarkannya pada awal musim.
 
Justeru, beliau berharap anak-anak didiknya mampu menjinakkan calon juara, Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan terakhir di Stadium Negeri, Petra Jaya malam ini.
 
Sekalipun sedar tugas berat bakal digalas oleh para pemainnya, Alberts tetap optimis tiga mata penuh mampu diraih daripada perlawanan malam ini.
 
“Kemenangan sangat penting bagi kita untuk memperbaiki kedudukan dalam liga. Justeru, kita akan berjuang habis-habisan dan bersedia menyekat hasrat JDT untuk muncul juara,” katanya di sini semalam.
 
Katanya, peluang Sarawak untuk menang tetap ada dan barisan pemainnya juga cukup bersedia untuk melayan kunjungan JDT dalam perlawanan yang amat penting malam ini.
 
Kehadiran semula tonggak penyerang import, Ryan Alan Griffiths dan Muamer Salibasic sambil disokong Joseph Kalang Tie menambah keyakinan Alberts akan peluang skuadnya.
 
Menurut Alberts, pemainpemainnya terutama barisan pertahanan perlu berhatihati dan tidak melakukan kesilapan kerana JDT akan memanfaatkan setiap peluang yang hadir untuk memburu kemenangan dalam perlawanan ini.
 
Katanya, kerapuhan benteng pertahanan menjadi punca skuadnya tewas 3-0 di tangan Selangor di gelanggang lawan pada Sabtu lalu.
 
JDT mengumpul 41 mata memerlukan kemenangan pada malam ini untuk bergelar juara Liga Super 2014.
 
Keputusan seri atau tewas bakal membuka laluan kepada Selangor yang menduduki tangga kedua dengan 40 mata memintas untuk muncul juara.-Utusan Borneo
Sarawak menjadi penentu kejuaraan Sarawak menjadi penentu kejuaraan Reviewed by uMieySurianie on June 25, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.