Seo Services

Keprihatinan kerajaan bantu ringankan beban rakyat.


SIMUNJAN – Sebanyak 1,725 botol air minuman 1.5 liter telah diagihkan kepada sebahagian penduduk Kampung Simunjan yang terjejas akibat krisis ketiadaan bekalan air sejak 2 minggu lalu.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri berkata ia merupakan langkah segera yang diambil oleh Kerajaan bagi membantu meringankan beban penduduk di situ sementara menunggu penyelesaian jangka panjang yang sedang dalam proses pembinaan.

“Walaupun tidak banyak, usaha itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban penduduk,” kata beliau. Menurutnya, penghantaran 12 botol air minuman untuk seisi rumah itu bermula Selasa lalu dan ia dilakukan secara berperingkat di mana pengagihan pada minggu ini merupakan fasa yang pertama. 

“Pengagihan air minuman untuk fasa pertama ini melibatkan pengagihan sekurang-kurangnya 3,000 botol di mana satu isi rumah akan mendapat satu kotak air minuman yang mengandungi 12 botol air bersaiz 1.5 liter,” katanya.

Tambahnya, pengagihan air minuman turut membabitkan kuarters kakitangan kerajaan di mana sebanyak 340 botol air minuman 1.5 liter telahpun diagihkan pada semalam.

“Pengagihan air minuman ini adalah sebagai menampung bantuan yang dihulurkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam menghantar air bersih dan terawat di kawasan yang terjejas.”

Menurut Nancy lagi fasa kedua pula akan dilakukan setelah kemas kini jumlah penduduk diperolehi daripada pengagihan fasa pertama yang dijangka selesai minggu ini.

Jelasnya, bagi fasa kedua, pihaknya akan menambah jumlah pengagihan air minuman bergantung kepada data yang diperolehi dan jumlah kos yang diperlukan.

Antara kampung-kampung yang telah dihantar air minuman ialah Kg Sageng Hulu, Sageng Hilir, Sageng Tengah, Sageng Sebal, Tebuan Iban, Hijrah Lintang, Hijrah Lot dan Sekendu Melayu pada Selasa lalu.

Pada Rabu lalu pula, bekalan air minuman telahpun dihantar ke Kg Kelka, Kg Nanas, Sekendu Hulu dan Sekendu Hilir diikuti Kg Sabun dan Sedilo, Kg Melanjok, Kg Sg Lingkau, Kg Emplas, Kg Mengeli serta surau-surau di sekitar Simunjan hari ini.

Sementara itu, pada hari ini pula, pengagihan sebanyak 158 botol lagi air minuman ke 7 buah kampung termasuk Kg Tegelam, Kg Sg Alit, Kg Sg Jong, Kg Sg Ba, Kg Sabang, Kg. Tg. Tanglong dan Kg. Sg. Labi akan dilakukan.

Menurut Nancy lagi, usaha ini akan diteruskan sehingga semua kampung yang terjejas mendapat bantuan tersebut.

Dalam pada itu, Nancy mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Batu Lintang, See Chee How berhubung cadangan pembinaan paip utama sepanjang 4.8km yang dianggarkan bernilai RM18 juta.

Menurut Nancy, anggaran kasar kos berjumlah RM18 juta itu sebenarnya merangkumi kerja-kerja pemasangan dan penggantian paip serta pembinaan Stesen Penggalak (Booster Station).

“Jumlah itu hanyalah anggaran kasar sahaja kerana ia bergantung kepada kerja-kerja lain yang berkaitan bagi melengkapi pembinaan sistem pengagihan air yang bersesuaian. Ini kerana cadangan tersebut belum dimuktamadkan lagi memandangkan pihak JKR masih lagi membuat penelitian mengenai perkara ini,” jelas Nancy
Keprihatinan kerajaan bantu ringankan beban rakyat. Keprihatinan kerajaan bantu ringankan beban rakyat. Reviewed by Unknown on June 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.