Seo Services

Kota London pilihan Che Ta beli keperluan bayi


Kehidupan selebriti ini sememangnya serba mewah malah, sebelum ini dia pernah diberi jolokan, ‘High Maintanance Artist’.

Pasangan suami isteri popular, Zain Saidin dan Rozita Che Wan kini sedang berada di kota London bagi membeli kelengkapan bayi mereka yang bakal dilahirkan pada pertengahan Oktober ini.

Mahukan yang terbaik untuk anak yang bakal dilahirkan, Che Ta dan Zain mengakui masih banyak keperluan yang perlu disediakan.

"Buat masa ini, kami dah mula beli barang bayi sikit-sikit. Masih ada banyak masa lagi untuk persiapan sepenuhnya," ujar Che Ta yang dipetik daripada Sinar Harian.

Dalam pada itu, memandangkan usia kandungannya semakin bertambah dan membesar, dia turut mengurangkan aktiviti seni termasuk menghadiri majlis-majlis hiburan. Kini, dia hanya terlibat dengan penggambaran program 'Primadona' sahaja.
Kota London pilihan Che Ta beli keperluan bayi Kota London pilihan Che Ta beli keperluan bayi Reviewed by Unknown on June 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.