Seo Services

Soon Koh Ketepi Laporan Beliau Sertai Peace

SIBU, 20 Jun (Bernama) -- Bekas Pengerusi Bahagian Sibu Parti Rakyat Bersatu Sabah (SUPP) Datuk Seri Wong Soon Koh pada Jumaat mengetepikan laporan bahawa beliau akan menyertai People's Alliance for Justice of Peace Party (Peace Party-Sarawak).

"Ini adalah spekulasi semata-mata. Terdapat banyak spekulasi mengenai senario politik di negeri ini sekarang.

"Apa sahaja yang kita lakukan, kita akan berbuat demikian bagi memenuhi kepentingan penyokong, untuk memenuhi keperluan mereka," katanya kepada pemberita selepas melakukan pecah tanah bagi Pusat Sukan Tertutup Bersepadu bernilai RM39 juta di Jalan Lapangan Terbang Lama di sini.

"Kami juga akan berbuat demikian dalam semangat Barisan Nasional (BN). Kami akan bekerjasama ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan oleh Barisan Nasional," katanya.

Wong, yang merupakan seorang menteri kanan negeri memegang portfolio Kerajaan tempatan dan Pembangunan Masyarakat, pada 15 Mei menyertai 10 wakil rakyat lain mengumumkan peletakan jawatan mereka dari parti politik masing-masing untuk menyertai parti baharu yang menokong BN, Parti Tenaga Rakyat Sarawak atau TERAS.

Beberapa hari lalu, akhbar-akhbar Cina melaporkan bahawa Wong mungkin meninggalkan TERAS untuk menyertai Peace memandangkan beliau tidak selesa kerana menjadi satu-satunya wakil rakyat Cina ataupun pemimpin dalam TERAS.

Wong berkata beliau dan penyokongnya akan terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.

Terdahulu, dalam ucapannya, Wong melahirkan harapan bahawa stadium baharu itu akan dapat merangsang para atlet tempatan dan olahragawati ke tahap yang lebih tinggi dalam sukan yang dipilih mereka.

Beliau berkata stadium berkenaan yang akan siap pada Mac 2016 merupakan antara stadium yang terbesar dan termoden di negeri ini.

"Ia akan mempunyai ruang untuk 10 gelanggang badminton atau dua gelanggang bola keranjang atau tiga gelanggang bola tampar.

Terdapat juga tempat duduk untuk kapasiti 4,250 penonton termasuk trek larian dan gimnasium," katanya sambil menambah pembinaan kolam renang juga sedang dipertimbangkan.

Wong juga berkata Perpustakaan Teknologi Maklumat Sibu berharga RM25 juta, dan taman teknologi itu Kolej Universiti Teknologi Sarawak (UCTS) akan ditempatkan di kawasan sama.-- BERNAMA

Soon Koh Ketepi Laporan Beliau Sertai Peace Soon Koh Ketepi Laporan Beliau Sertai Peace Reviewed by Admin on June 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.