Seo Services

Ketua Pemuda Perlis Buat Laporan Polis Beliau Diugut

KANGAR, 30 Jun (Bernama) -- Ketua Pemuda Umno Perlis, Syed Atif Syed Abu Bakar hari ini membuat laporan polis mendakwa Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man mengetahui mengenai ugutan membabitkan keselamatan dan nyawanya.

Menurut Syed Atif seorang anggota jawatankuasa Pemuda Umno Negeri memaklumkan kepada beliau bahawa Azlan yang ditemui anggota itu pernah melafazkan ungkapan yang memberi gambaran bahawa beliau (Azlan) mengetahui kes berkenaan (ugutan).

Pertemuan itu berlangsung pada satu program di Pusat Khidmat ADUN Pauh pada malam 25 Jun, kata Syed Atif kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kangar di sini.

Beliau tidak pula menyatakan nama orang yang mengugutnya.-- BERNAMA

Ketua Pemuda Perlis Buat Laporan Polis Beliau Diugut Ketua Pemuda Perlis Buat Laporan Polis Beliau Diugut Reviewed by Admin on June 30, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.