Seo Services

Kuching : Majlis Penyerahan Bubur Lambuk 5 Julai hari Sabtu

“Bubur lambuk merupakan sajian utama pada bulan Ramadan sebagai juadah berbuka puasa di samping dijadikan hidangan untuk disedekahkan kepada jiran tetangga.

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama kerajaan, komuniti dan swasta akan mengadakan Majlis Penyerahan Bubur Lambuk 2014 pada 5 Julai, bermula jam 3 petang di Dewan Merpati Jepang, Jalan Patinggi Ali di sini.

Menurut Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Wahap Abang Julai, pihaknya akan mengadakan kerjasama dengan Maggi (Nestle Product Sdn Bhd), Malaysia Building Society Berhad (MBSB), Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dan Petronas bagi menjayakannya.

Pihak berkenaan masing-masing menyumbang iaitu satu tan beras oleh BERNAS, Petronas pula menaja apron, topi chef, tong gas, dapur dan kain rentang, MBSB memberi sumbangan wang tunai sebanyak RM14,000 manakala Maggi menyediakan kiosk dengan 3,000 unit kontena plastik dan 100 unit serbuk secukup rasa.

Justeru, selain pengagihan bubur lambuk, sumbangan wang tunai sebanyak RM150 turut diberikan kepada setiap seorang oleh pihak MBSB yang telah menyumbang selama tiga tahun berturut-turut.

Penganjuran tahun lalu menelan kos RM20,500 tetapi kos berkenaan kian meningkat dan kini mencecah anggaran sebanyak RM25,275 bagi tahun ini.
Kuching : Majlis Penyerahan Bubur Lambuk 5 Julai hari Sabtu Kuching : Majlis Penyerahan Bubur Lambuk 5 Julai hari Sabtu Reviewed by Unknown on June 24, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.