Seo Services

Kembangkan potensi diri elakkan konflik ditempat kerja


Konflik diri bersifat persendirian atau dalam diri sendiri. Apakah sebabnya konflik begini boleh timbul? Konflik timbul apabila dalam tugasan dan kehidupan harian memerlukan keputusan yang melibatkan banyak alternatif. Sesetengah konflik datang kerana terpaksa memilih antara beberapa alternatif yang bersesuaian.

Konflik juga berlaku apabila terpaksa memilih alternatif yang mempunyai kedua-dua kesan positif dan negatif. Seterusnya konflik berlaku apabila dihadapkan dengan alternatif yang mempunyai kesan negatif sahaja.

Pengalaman dalam mengikuti beberapa aktiviti kemasyarakatan di beberapa lokasi memberi ruang dan peluang untuk melihat individu-individu yang bekerja keras sehingga melupakan kesihatan diri dan keluarga demi kerjaya.

Pekerja yang cemerlang memang sangat baik tetapi jika terlalu kuat bekerja dengan kualiti masa digunakan tidak betul maka ini akan memudaratkan kesihatan.

Siapa yang tidak suka jika diberi penghargaan? Semua orang suka dipuji dan dihargai namun itu bukanlah perkara yang terlalu penting dalam kehidupan sama ada dalam organisasi, keluarga atau rakan. Jika kita tidak terlalu mengharapkan sesuatu maka semuanya akan menjadi mudah dan hati kita tenang dan menerima segalanya.

Perubahan dalam kehidupan dengan pelbagai kerunsingan atau ancaman terhadap keperluan peribadi. Kerisauan dengan ancaman terhadap konsep kendiri apabila kehilangan seseorang atau sesuatu benda yang kita ambil berat atau perlu. Konflik berlaku dengan percanggahan kehendak atau harapan dan perlu menyiapkan tugasan pada waktunya dan kerja yang terlampau banyak.

Perselisihan atau kesulitan berdepan dengan orang juga bukan mudah ditangani kerana kita berhubung dengan manusia yang ada hati dan perasaan.

Muhasabah diri sering dicadangkan menjadi kaedah terbaik apabila kita berada dalam dilema dengan jiwa yang penuh konflik. Menurut Rogers (1951), manusia berkeupayaan untuk menjadi positif dan baik. Ia akan cenderung kepada penyempurnaan diri yang dianggap tujuan utama bagi semua individu. Setiap individu dapat memperkembangkan potensi yang maksimum dalam kehidupan seharian, dapat mengawal perasaan dan dapat menguasai diri sejajar dengan tuntutan masyarakat dan negara. Manusia mempunyai pelbagai pilihan dalam kehidupan tetapi mereka mestilah bertanggungjawab terhadap perbuatan dan pekerjaan yang dilakukan.

Setiap individu adalah berbeza dalam menghadapi konflik diri dan cara kita menangani tekanan bergantung antaranya kepada coping skills, personaliti kita sendiri serta sokongan keluarga dan rakan-rakan.

Pekerjaan dan keluarga merupakan dua perkara yang berbeza tetapi ada kaitan kerana pekerjaan mampu meningkatkan motivasi diri terhadap kemahiran diri dan kewangan. Konflik pekerjaan terhadap keluarga terjadi apabila pengalaman dalam bekerja mempengaruhi kehidupan keluarga.

Kita sedia maklum dengan tekanan di tempat kerja, perjalanan yang jauh, beban kerja dan masa kerja yang panjang menyebabkan konflik diri terjadi. Jika kita melihat kepada konflik keluarga terhadap pekerjaan pula bermula apabila isteri turut bekerja mencari nafkah berjauhan dengan keluarga terutama jika anak-anak kecil. Maka tidak hairanlah jika ada segelintir masyarakat pada masa kini yang walau secara zahirnya memiliki aset dengan segala aspek kemewahan hidup namun secara emosi dan rohaninya sedang amuk menderita dibelenggu permasalahan jiwa.

Biasanya individu yang berkahwin cenderung kepada konflik diri akan mengganggu kehidupan pekerjaan yang pada akhirnya mempengaruhi prestasi suami ataupun isteri yang bekerja.

Prestasi kerja amat penting dalam sesebuah organisasi untuk mencapai kecemerlangan tanpa mencampuradukkan peribadi dan kerja. Menurut Lawler (dalam As’ad, 1991), suatu hasil yang dicapai oleh karyawan dalam mengerjakan tugas atau pekerjaannya secara efisien dan efektif, prestasi kerja adalah kejayaan kerja yang diperoleh seseorang daripada perbuatan atau hasil yang bersangkutan.

Kalau kita melihat kepada individu yang sudah berkahwin akan mengalami banyak konflik pekerjaan keluarga jika dibandingkan dengan individu bujang.

Secara ironinya, setiap individu ingin mencapai sesuatu perkara dengan pantas tanpa perlu melibatkan risiko atau tenaga kerja yang tinggi sehingga terlepas sesuatu yang sangat penting tanpa disedari atau mengundang sesuatu perkara negatif dari perspektif yang berbeza.

Permasalahan sosial kehidupan seperti tekanan atau ‘konflik inter personal’ perlu dibincangkan serta diselesaikan secara menyeluruh, paling penting ialah berterus terang. Individu yang mengambil keputusan untuk lebih memendam rasa akan mengalami masalah yang semakin serius sehingga menyebabkan jiwa merana.

Kita tidak mahu atau tidak berani untuk berhadapan dengan masalah emosi diri dan jiwa sendiri secara realitinya.

Pihak pengurusan perlulah mempunyai alternatif baru dengan meningkatkan motivasi dalam kalangan para pekerja demi meningkatkan tahap prestasi kerja. Setiap pekerja inginkan kebahagiaan dalam kehidupan. Pengamalan gaya hidup sihat seperti riadah, mempunyai hobi, hubungan yang baik sesama keluarga, rakan dan masyarakat setempat, serta berfikiran positif boleh membantu meringankan tekanan.


Kembangkan potensi diri elakkan konflik ditempat kerja Kembangkan potensi diri elakkan konflik ditempat kerja Reviewed by Unknown on June 24, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.