Seo Services

Ronaldo sumbang RM454,844 biayai pembedahan otak Erik


MANAUS: Potongan rambut terbaru ‘zig-zag’ bintang sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo berjaya menarik perhatian peminat bola sepak, malah ada juga yang mengkritik fesyen berkenaan.

Namun siapa sangka, gaya terbaru ditonjolkan bintang Real Madrid itu ketika pasukannya bertemu Amerika Syarikat (AS) pada aksi kedua Kumpulan G di Arena Amazonia, semalam sebenarnya satu tanda penghormatan kepada seorang kanak-kanak di Sepanyol yang terpaksa menjalani pembedahan otak. 

Penyerang prolifik itu dilaporkan membiayai keseluruhan kos pembedahan kanak-kanak bertuah berkenaan, Erik Ortiz Cruz. Ronaldo menyumbang sebanyak 83,000 pound sterling (RM454,844) kepada Erik ketika kanak-kanak itu menjalani pembedahan pada Februari lalu.

Bekas penyerang Manchester United ini juga pernah membiayai rawatan kanser yang dialami seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun pada 2012.

Dalam saingan Kumpulan G semalam, Portugal sekadar seri 2-2 dengan AS dan kini berada di kedudukan terbawah kumpulan dengan satu mata.

Pasukan itu harus menang bertemu Ghana dalam saingan terakhir kumpulan pada Khamis bagi menghidupkan peluang ke peringkat seterusnya, namun masih bergantung kepada keputusan perlawanan pasukan Jerman dan AS di Arema Pernambuco. -Agensi.
Ronaldo sumbang RM454,844 biayai pembedahan otak Erik Ronaldo sumbang RM454,844 biayai pembedahan otak Erik Reviewed by Unknown on June 24, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.