Seo Services

La Furia Roja pulang lebih awal.

Timnas Spanyol yang merupakan sang juara bertahan dipaksa pulang lebih awal setelah takluk 2-0 dari Chile pada laga kedua Grup B di Estadio do Maracana, Rio de Janeiro, Kamis (19/6) dini hari/ Reuters

RIO DE JANEIRO: Pasukan Sepanyol yang merupakan juara bertahan kini terpaksa menerima hakikat pulang lebih awal setelah tewas ditangan Chile 0-2 pada perlawanan kedua Kumpulan B di Estadio do Maracana, Rio De Janeiro pada awal pagi ini.

Pada perlawanan pembukaan kita telah menyaksikan pertemuan diantara Netherlands dan Sepanyol dan juga telah dibelasah 5-1.

Oleh yang demikian, pasukan tersebut memerlukan kemenangan bagi menghidupkan peluang untuk bersaing merebut tempat di pusingan kedua tapi sebaliknya harapan tersebut hancur berkecai.

Kekalahan yang begitu tragis ini lah tepat bagi menggambarkan penampilan bagi pasukan La Furia Roja (Nama julukan Sepanyol di Piala Dunia 2014) pada tahun ni dimana pasukan tersebut tersingkir daripada saingan Piala Dunia 2014.

Pengendali Sepanyol, Vicente Del Bosque nyata mengekalkan kesebelasan yang agak sama sambil meletakkan Diego Costa dibahagian serangan namun asakan demi asakan ke kubu Chile masih gagal menghasilkan jaringan.

Sebaliknya, Chile yang sekali-sekala menyerang berjaya memanfaatkan peluang yang ada dan membuka jaringan melalui Eduardo Vargas.

Penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas sekali lagi menjadi duri dalam daging apabila kesilapannya menepis bola sepakan Alexis Sanchez menyebabkan bola tersebut di kaki pemain tengah Chile, Charles Aranguiz yang tenang merembat bola tersebut menewaskan Casillas.

Dalam satu lagi perlawanan sebelum itu, Netherlands berjaya layak ke peringkat pusingan kedua selepas dipaksa bekerja keras sebelum menang tipis 3-2 keatas Australia.

Netherlands yang dilihat sebelum ini berkemungkinan dapat mencapai kemenangan dengan mudah ternyata diberikan saingan yang hebat oleh Australia.

Gandingan tiga serangkai Netherlands, Robin van Persie, Arjen Robben dan Wesley Sneijder nyata menggugat pertahanan Australia yang diterajui Matthew Spiranovic dan Alex Wilkinson.

Namun, Robben berjaya memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-20 sebelum dibalas oleh Austalia dengan satu jaringan ‘volley’ yang cantik dari Tim Cahill.

Australia kemudian berjaya mendahului pada babak kedua perlawanan apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti selepas bola tendangan Matt McKay terkena tangan pertahanan Netherlands, Daryl Janmaat dalam kotak penalti.

Ketua pasukan Australia, Mile Jedinak menyempurnakan sepakan penalti itu dan Netherlands menyamakan semula kedudukan kepada 2-2 apabila Van Persie mudah merembat masuk bola hantaran pemain gantian, Memphis Depay.

Kemasukan Depay banyak mengubah hala tuju permainan apabila jaringannya berjaya membawa Netherlands mendahului 3-2 dan keputusan kekal hingga tamat perlawanan.

Netherlands dan Chile akan bertemu pada untuk perlawanan terakhir kumpulan manakala Sepanyol pula akan melengkapkan saingan bertemu Australia pada 24 Jun.

Dengan keputusan ini, Netherlands dan Chile layak ke pusingan kedua Piala Dunia 2014 manakala, Sepanyol dan Australia tersingkir daripada saingan Piala Dunia.
La Furia Roja pulang lebih awal. La Furia Roja pulang lebih awal. Reviewed by Unknown on June 19, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.