Seo Services

Transformers kembali menyerang bumi




Tentunya peminat filem robotik tidak sabar menantikan kemunculan sekuel filem terbaru "Transformers: Age Of Extinction" yang bakal menjengah ke pawagam pada 26 Jun ini.

Filem yang padat dengan aksi dan pertarungan ini kembali selepas manusia berjaya mengesan kepingan logam Autobots dan Deceptions yang menghilangkan diri daripada muka bumi ini.

Walau bagaimanapun, sekumpulan ahli perniagaan dan sainstis yang bijak cuba untuk belajar daripada Transformers yang lepas dan telah memaksa mereka untuk melakukan satu kajian teknologi luar dari batasan dan kawalan yang mana akhirnya satu kisah purba, ancaman kepada Transformer berkuasa meletakkan bumi di dalam bahaya.

Di bawah arahan seorang pegawai kerajaan, Harold Attinger, pihak tentera ditugaskan untuk memusnahkan semua Transformers, baik Autobots mahupun Deceptions.

Ekoran itu, Autobots termasuk Optimus Prime dan Bumblebee telah mengambil langkah menyembunyikan diri.

Namun ‘kehilangan’ mereka dari mata dunia tidak lama apabila seorang mekanik, Cade Yeager membeli sebuah trak berkarat dengan tujuan menjual bahagiannya untuk mengumpul duit bagi membayar yuran kolej anaknya, Tessa.

Apabila mereka mendapati trak berkenaan sebenarnya ketua Autobot, Optimus Prime, tanpa disangka mereka mengundang kehadiran kerajaan, Autobots dan Decepticons ke dalam hidup mereka.

Pada masa yang sama, sekumpulan saintis di bawah kelolaan seorang ahli perniagaan telah mencipta Transformers mereka sendiri tetapi robot-robot ini telah berpaling menentang mereka.

Kini, Cade, Tessa serta teman lelakinya, Shane dan Optimus harus bergabung tenaga dengan Autubots yang tinggal dan bersemuka pihak Decepticons, tak lupa juga spesies Transformers baru, bagi menyelamatkan Bumi.
Transformers kembali menyerang bumi Transformers kembali menyerang bumi Reviewed by Unknown on June 19, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.