Seo Services

Program ‘Petra Jaya Berselawat’ Sabtu ini


KUCHING: Lebih 10,000 jemaah dijangka akan hadir pada program ‘Petra Jaya Berselawat’ yang akan diadakan di Padang Semarak, Kampung Pinang Jawa di sini pada Sabtu ini.

Program yang bermula selepas Isyak ini adalah anjuran gabungan SABERKAS Kuching dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan lain seperti Masjid At Taqwa, Yayasan Al Abrar, Majlis Dakwah Suraj dan Dewan Bandaraya Kuching Utara.

Selain qasidah, majlis turut diserikan dengan taursiyah oleh Habib Jindan Novel Salim Jindan dan Habib Najmudin Othman Al Khered.

Program dimulakan dengan solat berjemaah Maghrib dan Isyak di Masjid At Taqwa.

Orang ramai yang hadir diminta membawa bersama lapik, tikar atau sejadah serta payung atau baju hujan.- Utusan Borneo
Program ‘Petra Jaya Berselawat’ Sabtu ini Program ‘Petra Jaya Berselawat’ Sabtu ini Reviewed by Admin on June 19, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.