Seo Services

Mahkamah Tolak Rayuan Wan Azri Tangguh Bayaran

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Wan Muhammad Azri Wan Deris yang didakwa sebagai blogger kontroversi PapaGomo menangguh bayaran ganti rugi RM850,000 kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Keputusan tersebut dibuat oleh pesuruhjaya kehakiman Rosilah Yop dikamarnya dan menetapkan kos sebanyak RM50,000.
 
Anwar diwakili peguamnya Shahid Adli manakala Wan Muhammad Azri tidak diwakili peguam..
 
Februari lalu Rosilah yang menjadi hakim bagi kes tersebut mendapati Peguam N Surendran dan Lathifah Koya berjaya membuktikan kenyataan munasabah dengan mengaitkan Wan Azri sebagai Papa Gomo.
 
Hujah kedua-dua peguam itu mendakwa Wan Muhammad Azri menerbitkan kenyataan fitnah berhubung skandal seks Anwar pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013 menerusi laman web papagomo.com.

Mahkamah Tolak Rayuan Wan Azri Tangguh Bayaran Mahkamah Tolak Rayuan Wan Azri Tangguh Bayaran Reviewed by Admin on June 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.