Seo Services

Tradisi makan daging anjing dapat bantahan di China


China: Menjelang satu pesta tradisi makan daging anjing yang bakal berlangsung Sabtu ini di wilayah autonomi Zhuang di China.

Pesta yang dinamakan Festival Daging Anjing itu berlangsung setiap tahun di Bandar Yulin, dengan dianggarkan lebih 10,000 ekor anjing akan disembelih dalam sehari untuk dijadikan makanan.

Juadah paling popular dikatakan adalah hidangan periuk panas daging anjing yang dihidang dengan buah laici dan arak.

Pesta itu diadakan bagi meraikan ketibaan musim panas dalam kalendar Lunar masyarakat Cina.

Dan seperti yang diduga pesta itu menimbulkan banyak perbincangan dikalangan penggemar daging anjing dan aktivis perlindungan haiwan.

Dua gambaran yang berbeza dengan sekumpulan menganggapnya sebagai budaya yang perlu dipelihara manakala sekumpulan lagi menganggapnya, pembunuhan kejam terhadap haiwan itu.

Susulan itu satu gerakan oleh kumpulan selebriti, pelindung haiwan, peguam dan pakar keselamatan makanan telah ditubuhkan bagi menggesa semua pihak memboikot pesta itu dengan mengguna media sosial seperti Sina Weibo versi twitter China.

“Daging anjing tidak diletakkan sebagai makanan yang dikuarantin dan diselia, ini menimbulkan risiko keselamatan kesihatan ketika daging diproses dan dimakan,” kata seorang pengarah veterinar, Liu Lang.

Kata Liu lagi, risiko juga terdedah kepada penyembelih haiwan terbabit. Mereka mudah dijangkiti wabak anjing gila.

Tetapi ramai warga China yang mahu mempertahankan tradisi itu yang bertanya jika tindakan itu dilihat kejam, apa bezanya dengan amalan penyembelihan ternakan seperti babi, lembu dan ayam? --AFP
Tradisi makan daging anjing dapat bantahan di China Tradisi makan daging anjing dapat bantahan di China Reviewed by Unknown on June 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.