Seo Services

Tahniah! PM dapat dua juta follower di Twitter


Pengikut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di laman sosialnya, Twitter, telah mencapai sebanyak dua juta 'follower' pada awal pagi hari ini.

Sehingga jam 2.03 pagi tadi, beliau mempunyai 2.03 juta pengikut di Twitternya di @NajibRazak.

Najib juga turut “tweeted” di laman sosialnya dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengikutnya di Twitter atas pencapaian tersebut.

“Terima kasih kepada 2 juta pengikut saya di Twitter,” katanya

Untuk merasai nadi rakyat, terutamanya dikalangan masyarakat pelbagai kaum, Najib telah menyertai pengguna media sosial yang lain apabila beliau mendaftar akaun Twitter beliau pada bulan September, 2008.

Empat tahun kemudian, beliau sudah mempunyai lebih daripada satu juta pengikut di akaun Twitternya.
Tahniah! PM dapat dua juta follower di Twitter Tahniah! PM dapat dua juta follower di Twitter Reviewed by Unknown on June 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.