KOTA BHARU:
Baru-baru ini, kita dikejutkan sekali lagi dengan kes kontroversi penceraian
diantara Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan 37, dan
pasangannya Muhammad Noor Farhan Che Bakar 24, diman turut mendapat simpati daripada
pemimpin tertinggi PAS.
Seperti yang
kita tahu kes penceraian antara Abby dan juga Farhan telah menjadi heboh di media
sosial.
Dalam satu kenyataan di Institut Pemikiran Guru disini pada pagi tadi, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz
Nik Mat telah menyatakan bahawa beliau telah menghubungi Abby dan melahirkan rasa sedih dan dukacita diatas apa yang menimpa dirinya serta
menasihati supaya bersabar ketika menghadap dugaan hidup.
Dalam pada
itu juga, Nik Aziz juga memberitahu bahawasanya beliau terkilan kerana tidak
dapat hadir di majlis perkahwinannya(Abby) yang berlangsung pada 9 Julai 2013 yang lalu bersama Farhan di Selatan Thailand
serta mendapat pengesahan di Kelantan dan kini sedih kerana rumahtangga yang
dibina itu juga tiada penghujungnya.
Nik Aziz
juga menyatakan “ Sebagai seorang yang telah bersama jemaah Islam, saya
berharap semoga dia tabah dan biarlah ujian itu membuatkan dirinya semakin
tabah” ketika
Abby yang
juga merupakan artis terkenal sebelum ini dan pernah melangsungkan perkahwinan
bersama Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Farhan telah
menghantar satu khidmat pesanan ringkas (SMS) berniat menceraikan Abby pada
9.Mei lalu dan penceraian tersebut disahkan oleh Hakim Syarie Shaiful Azli
Jamaludin setelah diteliti ianya mengikut rukun dan syarat yang ditetapkan
dalam perundangan Islam.
Nik Aziz hubungi Abby sentuh soal hati.
Reviewed by Unknown
on
June 13, 2014
Rating:
No comments: