Seo Services

Pembukaan Tirai Fifa World Cup 2014

 
Brazil kembali semula sebagai tuan rumah selepas mendapat penghormatan tersebut pada tahun 1950. Sememangnya, semenjak Piala Dunia dianjurkan pada julung-julung kalinya pada 1930, Brazil merupakan pasukan yang tidak pernah gagal membuat penampilan di pentas Piala Dunia.
 
Pada awal pagi tadi telah berlangsung Majlis Pembukaan Piala Dunia Brazil 2014. Majlis pembukaan yang berlangsung di Arena de Sao Paulo in Brazil.
 
Pada persembahan pembukaan itu yang menjadi tumpuan adalah penampilan khas Jennifer Lopez dengan gaya aksi yang hebat di Majlis Pembukaan tersebut.
 
Upacara yang menelan kos 4.5 ini dimulakan dengan perlawnan pertama tuan rumah Brazil menentang Croatia perlawanan bermula pukul 4 pagi tadi dan berakhir 6 pagi tadi.
 
Walaupun perbezaan waktu Malaysia dan Brazil adalah 11 jam, namun ianya tidak menghalang peminat sukan bola sepak di Malaysia untuk bersekang mata menantikan acara pembukaan Piala Dunia tersebut.
 
Piala Dunia FIFA 2014 secara rasminya membuka tirai awal pagi tadi dengan perlawanan pertama oleh pasukan tuan rumah Brazil menentang pasukan Croatia.
 
Kehangatan perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 itu turut dikongsi oleh orang ramai menerusi media social.
 
Brazil membuka langkah kanan bagi kempen Piala Dunia 2014 apabila menumpaskan Croatia, 3-1, pada pertemuan pembukaan Kumpulan A, di Corinthians Arena, awal pagi ini.
Pembukaan Tirai Fifa World Cup 2014  Pembukaan Tirai Fifa World Cup 2014 Reviewed by uMieySurianie on June 13, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.