Seo Services

Pemain tempatan kurang sengat

Foto dariSarawak Football Team
 
 
KUCHING: Bermain tanpa pemain import menyebabkan Sarawak gagal menyaingi Selangor apabila tewas 3-0 pada aksi Liga Super 2014 di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.
 
Perlawanan itu menyaksikan Ngap Sayot beraksi tanpa dua penggempur utama, Ryan Griffiths yang digantung perlawanan manakala Muamer Salibasic dilanda cedera.
 
Sarawak juga tidak menurunkan pertahanan import kental, Gabor Gyepes yang mengalami kecederaan serius dan Hassan Mohamad.
 
Jentera penggempur Sarawak bergantung kepada pemain tempatan, Mohd Rashid Aya dan Akmal Rizal dilihat agak sukar menembusi pertahanan Selangor dikemudikan oleh Stilianos Pantelidis.
 
Paulo Rangel meledakkan jaringan pada minit ke-42 selepas menerima hantaran daripada sepakan sudut.
 
Selepas gol Selangor itu, Sarawak berusaha menjaringkan gol penyamaan namun penyudah tumpul Mohd Rashid menyebabkan anak-anak buah Robert Alberts menggigit jari.
 
Serangan balas Selangor pada minit ke-61 berhasil apabila hantaran lintang Andik Vermanshah disudahi dengan berkesan oleh Rangel, pemain import dari Brazil.
 
Anak-anak buah Mehmet Durakovic terus bernafsu untuk menjaringkan gol dan Hazwan Bakri menjaringkan gol ketiga.
 
Alberts ketika dihubungi semalam berkata, agak sukar untuk bermain tanpa pemain import yang mempunyai pengaruh dalam padang.
 
“Kita bermain tanpa pemain import, kalau mereka (pemain import) ada mungkin keputusan akan berbeza.
 
“Perlawanan ini menyaksikan kita menurunkan semua pemain tempatan,” katanya.
Tambahnya, Selangor menurunkan tiga pemain import dan dua jaringan disempurnakan pemain import.
 
“Kita lihat pemain import, Rangel menjaringkan dua gol.  Ini menunjukkan bagaimana pemain import dapat mempengaruhi prestasi pasukan,” ujarnya.
 
Bagaimanapun, beliau tetap memuji anak-anak buahnya yang menunjukkan permainan cemerlang dan memuaskan dengan merencanakan beberapa peluang.
 
Perlawanan seterusnya menyaksikan Sarawak menentang JDT di Stadium Negeri pada 25 Jun (Rabu) ini.-Utusan Borneo



Pemain tempatan kurang sengat Pemain tempatan kurang sengat Reviewed by uMieySurianie on June 23, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.