Seo Services

Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo tidak jejas peruntukkan daripada kerajaan pusat


KUCHING - Peruntukan sejumlah RM22 bilion yang diluluskan Kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf Lebuh Raya Pan Borneo tidak akan menjejaskan bajet tahunan Sarawak.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, Kerajaan Pusat memberi jaminan itu selepas kerajaan negeri meminta supaya peruntukan tahunan negeri tidak mengalami pengurangan berikutan pelaksanaan lebuh raya tersebut.

Katanya, walaupun menyedari kepentingan membina Lebuh Raya Pan Borneo melibatkan jarak 2,300 kilometer di antara Sematan di Sarawak dan Serundong di Sabah, usaha itu bukan keperluan utama bagi rakyat negeri ini.

"Beberapa faktor lain turut diambil kira dalam melaksanakan infrastruktur dan kemudahan. Malah Kerajaan Persekutuan dan negeri juga melihat masih banyak jalan di kawasan luar bandar Sarawak yang perlu dibina.

"Atas faktor itu, kerajaan negeri telah menyatakan kepada Kerajaan Persekutuan iaitu bajet bagi menaik taraf Lebuh Raya Pan Borneo perlu melebihi peruntukan sedia ada," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Kejohanan Bola Sepak Takraw Piala Datuk Fadillah Yusof Siri III 2014, di sini hari ini.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, perkara itu turut dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersedia memberi peruntukan lebih kepada negeri ini.

Katanya, mengikut perancangan awal, projek tersebut melibatkan pembinaan jalan dua hala sekarang kepada lebuh raya, kerja-kerja pembesaran dan penambahbaikan jalan, pembinaan lorong memotong dan memperbaiki laluan di kawasan kerap berlaku kemalangan.
Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo tidak jejas peruntukkan daripada kerajaan pusat Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo tidak jejas peruntukkan daripada kerajaan pusat Reviewed by Unknown on June 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.