Seo Services

Kepimpinan Adenan cemerlang 100 hari sejak menjadi Ketua Menteri


KUCHING - Genap 100 hari Tan Sri Adenan Satem menjadi Ketua Menteri Sarawak membuktikan seluruh masyarakat di negeri ini dapat menerima beliau dengan baik.

Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Fadillah Yusof berkata, pemilihan Adenan sebagai Ketua Menteri adalah sangat tepat berdasarkan kepemimpinan beliau yang cemerlang sepanjang tempoh tersebut.

Katanya, beliau kagum dengan sikap Adenan yang tegas dalam menangani isu-isu berkaitan hubungan kaum dan agama di negeri ini.

"Ketegasan Adenan boleh dilihat berdasarkan kenyataan-kenyataannya berhubung variasi kaum dan agama kerana beliau menyedari nilai dan tindakan ekstrem boleh merenggangkan hubungan rakyat di Sarawak.

"Faktor lain yang memacu kejayaan Adenan sebagai Ketua Menteri yang baik kerana beliau meneruskan polisi yang tepat untuk masyarakatnya iaitu dalam menggiatkan aktiviti ekonomi dan perniagaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Forum Pemberdayaan Ummah Dalam Konteks Negeri Sarawak di sini semalam.

Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya berkata, beliau mengakui Adenan merupakan seorang pemimpin yang berfikiran matang dan mampu melihat masa depan dalam membangunkan negeri ini.

Katanya, perkara itu jelas apabila Adenan menjalinkan hubungan yang sangat baik dengan Kerajaan Persekutuan bagi memudahkan urusan perundingan.

"Dalam hal ini, kita boleh melihat Adenan berterus-terang mengutarakan mengenai royalti minyak yang akhirnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima dengan baik.

"Selain itu, Adenan turut memperjuangkan hak supaya jurang hubungan Sabah, Sarawak dan Semenanjung dirapatkan bagi membantu pembangunan fizikal di tiga-tiga wilayah berkenaan," katanya.

Kepimpinan Adenan cemerlang 100 hari sejak menjadi Ketua Menteri Kepimpinan Adenan cemerlang 100 hari sejak menjadi Ketua Menteri Reviewed by Unknown on June 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.