Seo Services

Produk bayi Jessica Alba ditarik balik ekoran tidak selamat


Jenama barangan bayi keluaran syarikat aktres, Jessica Alba dikecam hebat selepas laporan menyatakan, satu daripada pembekal jenama tersebut dipaksa menghentikan pengeluaran oleh Jabatan Kastam Amerika Syarikat (AS) kerana menggunakan ‘bahan yang tidak selamat’.

Syarikat Honest Company yang diasaskan Alba mendapat keuntungan jutaan ringgit dengan jaminan produk kesihatan, bayi dan isi rumah adalah selamat dan dihasilkan secara beretika.

Bagaimanapun Radar Online melaporkan, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS (FDA) menghalang dua penghantaran daripada pembekal syarikat itu iaitu American Hygienics Corporation yang berpangkalan di China kerana produk firma tersebut mengandungi ‘ubat haiwan yang tidak selamat’ pada 2008 dan 2009.

Radar Online mendakwa pada 19 Mei lalu, Honest Company menerima penghantaran sebanyak 10,110 kotak tisu basah daripada syarikat China itu dengan syarikat Alba turut menerima 33,098 karton tisu basah.

Ruangan komen pada artikel Radar Online mengenai sekatan oleh FDA, membangkitkan kemarahan pengguna yang menemplak syarikat itu sebagai penipu di sebalik slogan mesra alam sekitar yang digunakan.


Produk bayi Jessica Alba ditarik balik ekoran tidak selamat Produk bayi Jessica Alba ditarik balik ekoran tidak selamat Reviewed by Unknown on June 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.