Seo Services

'Peplum' inspirasi dari zaman Saloma

Perasaan atau tidak trend sekarang banyak yang mengambil inspirasi dari zaman dulu-dulu. Fesyen kini banyak yang mengguna elemen lama. Inspirasi yang dimodenkan dan hasilnya memang cantik. Pernahkah anda mendengar fesyen kurung moden peplum? Kenapa orang suka sangat dengan fesyen rekaan  kurung moden peplum?

Trend kurung moden peplum adalah ulangan di dalam sejarah fesyen. Peplum popular pada abad 20-an iaitu pada tahun 1940-an hingga 1980-an. Sejak kebelakangan ini Trend Peplum telah mula kembali di dalam abad yang baru dan ia mula menonjol.
 
Seni reka 'Peplum' ini kita boleh tengok masa zaman Saloma lagi. Baju Peplum Saloma yang diberi nafas baru semakin mendapat tempat di kalangan kita semua. Ditambah pula elemen baru dengan gabungan warna-warna terang atau ‘colour block’ menjadikan ia trend fesyen penuh ceria sesuai dengan imej remaja.
 
Secara amnya, kita boleh kenal 'Peplum' tu dari sudut bahagian bawah pakaian dimana bermula dari pinggang, kain pakaian tu mulai berkembang hingga ianya kelihatan seperti mini skirt di bahagian pinggang.
 
Peplum telah di reka dengan imaginasi yang maksimum oleh pereka-pereka fesyen dalam dan luar negara. ramai yang tertarik dengan satu rekaan peplum oleh Rizalman. Beliau adalah pereka fesyen yang hebat di Malaysia dan sangat di kenali hasil kerjanya yang sangat baik.
 
Rekaan kurung moden peplum yang "Luar Biasa" boleh membuatkan bidadari -bidadari pencinta fesyen berebut untuk mendapatkan rekaan beliau itu. Ianya memberikan elemen stylist buat pengguna, malah selebriti juga turut menggyakan fesyen peplum sewaktu menghadiri anugerah.
 
Peminat fesyen berpendapat fesyen peplum terkini kelihatan lebih moden , segar dan klasik dalam masa yang sama.
'Peplum' inspirasi dari zaman Saloma 'Peplum' inspirasi dari zaman Saloma Reviewed by uMieySurianie on June 11, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.