Seo Services

Kes tembak di Lahad Datu: 14 komando mengaku salah

11 JUN: Semua 15 anggota komando yang ditahan polis berkaitan insiden tembakan di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam di Lahad Datu, Sabah 28 Mei lalu telah didakwa di mahkamah dan 14 daripada mereka mengaku bersalah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, 14 anggota tentera terbabit telah didakwa di mahkamah Lahad Datu pada Selasa di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Kesemua mereka telah dihukum penjara dua minggu dan denda RM5, 000 setiap seorang.

“Seorang lagi anggota tentera, Khairul Anuar Amdan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan juga di bawah Akta Senjata Api 1960.

“Dia mohon dibicarakan untuk kedua-dua pertuduhan itu,” kata Hamza kepada pemberita, Rabu.

Manakala dua orang awam yang cedera dalam kejadian itu dan kemudiannya ditahan untuk soal siasat telah dibebaskan.

Dalam insiden berhampiran sebuah pusat karaoke di pusat bandar Lahad Datu kira-kira jam 4.45 pagi 28 Mei lalu itu, seorang anggota komando, Lans Koperal Mohd Fiffixe-zafey Mat Hussin, 28 maut akibat cedera parah setelah ditembak.

Manakala dua lelaki yang bekerja sebagai bouncers di pusat karaoke berdekatan cedera dalam kejadian itu.-bnbbc.my

Kes tembak di Lahad Datu: 14 komando mengaku salah Kes tembak di Lahad Datu: 14 komando mengaku salah Reviewed by Admin on June 11, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.