Seo Services

Polis rampas pil psikotropik


SIBU:  Polis Sibu sekali lagi berjaya membongkar kegiatan pengedaran dadah di Bandar ini dan menahan dua lelaki berusia dalam lingkungan 20an dalam serbuan di sebuah rumah yang terletak di Kampung Baru Sibu semalam.

Menurut kenyataan dikeluarkan Ketua Polis Sibu, Asisten Komisioner Polis (ACP) Mohd Kamal Kordi, beliau menyatakan dalam serbuan terbabit pihaknya merampas sebanyak 63-paket plastic lutsinar berlabel ubat kawalan yang mengandungi sebanyak 630 biji pil disyaki pil psikotropik. 

Pihaknya juga turut merampas 10-tiub straw kecil pelbagai saiz berisi hablur Kristal dipercayai dadah. 

Kedua-dua suspek yang ditahan juga didapati positif dadah. 

Serbuan terbabit dilakukan oleh sepasukan polis dari bahagian siasatan jenayah sibu dan diketuai oleh Inspektor Tengku Mohd Faizal. 

Kes kini disiasat dibawah 12(2) Akta dada berbahaya 1952 dan 30(3) akta racun 1952.

Sumber: RTM Sarawak(FB)
Polis rampas pil psikotropik Polis rampas pil psikotropik Reviewed by Unknown on June 11, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.