Seo Services

Penduduk luar bandar harus terima baik pembangunan


MIRI - Penduduk yang tinggal di luar bandar perlu menyokong rancangan kerajaan memajukan projek mega seperti pembinaan Empangan Hidro Elektrik Baram.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berkata, sokongan terhadap projek tersebut penting kerana ia dilihat berkesan dan cepat dalam membangunkan kawasan luar bandar di negeri ini.

Beliau berkata, adalah tidak berbaloi jika masyarakat luar bandar terpengaruh dengan hasutan pembangkang, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu tertentu kerana yang menerima tempias daripada pelaksanaan projek itu merupakan rakyat di kawasan berkenaan.

Katanya, tanpa projek mega dengan kos berbilion ringgit, amat sukar bagi kerajaan membangunkan kawasan luar bandar di negeri ini kerana keadaan geografi dan penduduknya yang berselerak serta terletak jauh di kawasan pedalaman.

"Suatu masa dahulu, ada syarikat pembalakan ditentang oleh masyarakat Penan kerana terpengaruh dengan hasutan Bruno Manser.

"Tetapi syarikat itulah yang telah membuat jalan raya untuk masyarakat Penan bagi membolehkan mereka berhubung dengan penduduk dari kawasan lain dan dunia luar," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika membuat lawatan dan menyerahkan bahan binaan untuk membuat rumah penduduk Kampung Ba Balau, Ulu Tutoh di Ulu Baram dekat sini semalam.

Dalam pada itu, Dennis memberitahu, kerajaan tidak pernah mengabaikan rakyat tanpa mengira di mana berada selagi mereka diiktiraf sebagai penduduk negara ini.

"Jangan fikir bahawa kerajaan telah mengabaikan kamu hanya kerana sesetengah masyarakat dilihat seolah-olah menerima perhatian lebih atau kerana kamu tinggal jauh di kawasan pendalaman dan sukar untuk dihubungi," katanya.

Sejak tiga tahun lalu, Dennis telah melawat Kampung Ba Balau yang didiami oleh kira-kira 50 keluarga itu sebanyak dua kali.

Perkampungan itu merupakan penempatan Penan paling jauh yang hanya boleh dimasuki menggunakan kenderaan pacuan empat roda menyelusuri hutan dan jalan pembalakan selain helikopter.

Penduduk luar bandar harus terima baik pembangunan Penduduk luar bandar harus terima baik pembangunan Reviewed by Unknown on June 11, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.